Sunday, November 30, 2008

Pantun

Pernah saya papar pantun pertama saya dalam e-sastera :

Simpul berpangkah bunga sejambak,
Bunga teratai lukis berseri;
Unggul apakah kasihnya ombak,
Sehingga pantai terhakis diri?

Sekarang terima sebuah lagi pantun "samarima" saya yang kedua :

Pakaian lusuh jejaka Maluku,
Dagangan pulasan di pinggir kota;
Jangan kau basuh luka hatiku,
Dengan rinjisan si air mata.

12 comments:

Dalam Dakapan Ibu said...

Ayah,
Selamat BerBlogging!

Semoga apa saja yang terpancar di hati dan yang terlintas di fikiran dapat dikongsi bersama di sini....

Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Salleh said...

Insya-Allah,nak latih menaip blog dulu, baru boleh komen.

Uncle Lee said...

Hello Uncle, saya masuk DKIbu's blog glad to read its your birthday.
Bahasa saya jurassic, sebelum Merdeka, so saya tulis English...

Many happy returns of the day, Uncle...I wish you lots of good health, lots of sunshine and laughter.
You have a great time, Uncle and remember...
A birthday is just the first day of another 365 day journey around the sun. Enjoy the trip.

Apa guna tanam betik,
kalau tidak baik manisnya,
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak dengan budinya.

You keep well, Uncle and have a great weekend, Lee.

Chahya said...

Happy Birthday Uncle.
Got this link from your daughter's blog.
Since saya suka sastera juga, maybe saya akan jenguk selalu ke blog ni, so hopefully that will spur you to write more here.

Dulu masa saya belum bersekolah, saya selalu kerobek almari buku2 sastera my parents. Ada satu buku ni, dalamnya ada satu pantun which somehow lekat dalam kepala saya hingga kini.

Pisau diraut hilang dirimba,
Pakaian anak Raja Judah;
Karam dilaut boleh ku timba,
Karam dihati bilakan sudah?

aofuad said...

Assalamualaikum,
Cik Gu,
Well done. Happy Belated Birthday.
Baca dalam blog Ja.
Tulis lah sikit pasai pengalaman semasa dok mengajar kami dulu.
Azudin O Fuad
SAHC,Form 3A,1971

Queen Of The House said...

Assalamualaikum Uncle .... saya datang dari blog Ja ... sembang punya sembang we discovered we both went to MRSM (saya di S'ban, Ja di Kulim) and many more similarities/coincidences. Mungkin juga Uncle kenal ayah saya, Pak Non yang dulu pernah jadi gurubesar Sek Darulaman dan kemudiannya bekerja di UUM sebagai Pendaftar. (Blognya di http://kotastar.blogspot.com)

Semoga Uncle berjaya mengabadikan banyak buah fikiran di sini untuk dikongsi dan dimanfaatkan.

Wassalam.

Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Salleh said...

Terima kasih kerana sudi kunjungi blog saya.

*Uncle Lee
Anak itik di hujung desa,
Masuk ke taman bersama merpati;
Berwajah cantik budi bahasa,
Itulah teman penawar hati.

*Chahya
Pokok geti pokok kapas,
Rapat bertaut sama sekata;
Karam di hati masih bernafas,
Karam di laut habis cerita.

*Aofuad
Dalam syair:
13 tahun saya di situ,
KSAH sudahlah tentu,
Banyak kenangan amat bermutu,
Patut SAHOCA jemput bersatu.

*Queen of the house
Memang saya kenal Pak Non.Baik orangbnya.Salam saya untuk beliau.
Sekian dulu.24 Dis.2008

hatg24 said...

salam dato'..terdetik plak nak baca blog dalam dakapan ibu....tengok ada blog dato baca lah..tak sangaka ekk sya pon ada minat yg sama dgn dato' dalam bidang satera

sayur sawi enak rasanya,
dimakan bersama anak pak ali,
mari sama martabatkan bahasa ibunda,
supaya ttp didalam hati....

hehhehehe

KotaStar said...

Saudara Che Gu Abd Halim,
Selamat tiba ke ruang ciber dan khusus mencapai umur 71. samalah kita. saya 4 bulan yg lalu. Nampak dah ada rakan-rakan lain yang melawat blog saudara.Semoga saya percaya kita dapat menikmati pantun-pantun dari seorang pencinta seni melalui blog sekarang. Semoga Allah memberi hidayah dan panjangkan umur kita dengan kesihatan sewajarnya. Bila ka Taman Wira jenguklah kami disebelah sahaja. ( Ya saya turut sedih kerana semasa SAHC menyambut 100 tahun ramai rakan-rakan tak diundang. Dato Khalid Halim di Ipoh juga merungut dan guru-guru Kolej yg lain juga saolah dilupakan)

Chahya said...

Uncle yang dihormati,
Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru.

asalbayu said...

Tahniah cikgu dah ada blog.

Dah boleh masuk esastera seperti yang saya bagi panduan tu? Ramai yang sedang tunggu kedatangan cikgu.

Tengok pantun yang ada di sana. Cantik.

NASIR BIN AWANG @ AbangAdPower said...

Indah panorama dikala petang
sepoi udara angin semilir
Inilah dinama cencaru makan petang
tak pernah berhenti tinta mengalir.

JASAMU DIKENANG SEPANJANG HAYAT...BEKAS GURUKU.