Saturday, November 26, 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Maafkan saya lama benar tidak mengaktifkan Blog ini.

Kehendak Allah,isteri saya Hjh. Rahmi binti Jurau (Ibunya Halijah) telah kembali ke Rahmatullah pada subuh Khamis 24 Nov. 2011 kerana pendarahan otak (selama ini Allahyarhamah sungguh sihat)

Maka, saya pohon keihsanan semua pihak terutama yang mengenalinya dan saya.

  • Ampun segala kesalahannya, jika ada
  • Beritahu saya andai ada apa-apa sangkutan yang belum beres
  • Sedekahkan al-fatihah untuknya, semoga rohnya berada bersama insan yang disayangi Allah
Abdul Halim "R" bin Hj. Salleh
3021 Taman PKNK Jln Tun Razak 05200 Alor Setar

H/p : 0134300181

Sunday, November 30, 2008

Pantun

Pernah saya papar pantun pertama saya dalam e-sastera :

Simpul berpangkah bunga sejambak,
Bunga teratai lukis berseri;
Unggul apakah kasihnya ombak,
Sehingga pantai terhakis diri?

Sekarang terima sebuah lagi pantun "samarima" saya yang kedua :

Pakaian lusuh jejaka Maluku,
Dagangan pulasan di pinggir kota;
Jangan kau basuh luka hatiku,
Dengan rinjisan si air mata.

Alhamdulillah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur mulai sekarang, saya dapat bersama turut serta dalam e-sastera dan blog khas saya ini.

Dalam keadaan yang serba daif mengenai IT, saya cuba belajar dan terus melaksanakannya.

Semoga mendapat simpati dan pemudahcara daripada semua anak didik saya di seluruh Malaysia, teman yang pernah saya kenal seluruh nusantara dan sahabat baru yang bakal saya dampingi.

Komen anda amat saya sanjungi.

Sekian..